Sunday 2 November 2014

MINGGU ENAMBELAS

Praktikal Minggu Keenambelas ( 6 -10 Oktober 2014 ) 


Assalamualaikum , Tanpa saya sedar sudah 5 bulan saya berada di Syarikat NVE Solution , komunikasi antara saya dan staf lain semakin rapat ini membuatkan saya lebih selesa dan seronok berada sini . Pada minggu ini jugak merupakan hari raya aidiladha Encik Rozidi telah memberikan cuti semperna hari raya aidiladha selama dua hari iaitu dari 6 sehingga 7 oktober . 

Pada 8 oktober hari ini merupakan hari penting kepada saya  , ini merupakan hari penilaian latihan industri , seramai dua orang pensyarah dari Politeknik Tunku Syed Sirajuddin , Arau Perlis datang ke pejabat untuk membuat penilaian . penilaian mengambil masa 30 minit , kedua dua pensyarah tersebut meminta untuk melihat buku laporan latihan industri saya dan juga kertas refleksi harian saya , selain itu mereka turut menemubual saya berkaitan tugasan yang diberikan serta perasaan saya berada di alam perkerjaan yang sebenar dan bagaimana cara untuk menghadapi dan berhadapan dengan masalah masalah .Setelah selesai mereka meminta peluang untuk berbincang  bersama Encik Rozidi .


Selain itu Untuk tugasan pada minggu ini saya telah ke sekolah :

SMKA NIBONG TEBAL - Untuk menghantar invois kepada pihak sekolah dan mengambil 
                                              senarai nama  pelajar yang kehilangan kad .


SMK BERTAM PERDANA : Untuk memberikan latihan kepada guru perpustakan yang baru berkaitan cara penggunaan sistem , cara untuk memuat naik senarai dan jumlah buku . 


Kemahiran yang saya perolehi ialah , Cara untuk melayan tetamu atau pihak luar yang datang     
 ke syarikat .

Impak dan kesannya harus selalu bersedia untuk berhadapan dengan pihak luar apabila berkaitan dengan urusan kerja . 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.