Friday 31 October 2014

MINGGU EMPAT

Praktikal Minggu Keempat (14 - 18 Julai 2014)

 Ini merupakan minggu keempat saya di syarikat NVE Solutions , Pada minggu ini syarikat menghadapi sedikit masalah tekniknal , beberapa kali mesyuarat diadakan pada sepanjang minggu tersebut setelah perbincangan demi perbincangan bos telah memutuskan untuk mempekenalkan rancangan baru yang turut merupakan penyelesaian kepada masalah yang berlaku .


 Masalah : Staf perlu pergi ke sekolah untuk tujuan pemasangan sistem  .

 Penyelesaian :  Mengikut perancangan yang baru , Satu cara pemasangan Sistem Automasi yang 
                           dilakukan Secara Online akan diperkenalkan , ini memudahkan staf dan
                           turut  menjimatkan  perbelanjaan untuk tugasan luar .




Selain itu  , Saya ditugaskan dan diajar untuk membuat pesanan barang , disamping itu saya turut ke kedai alat tulis untuk membuat tempahan tempat sarung plastik yang digunakan untuk meletak kad .

Tugasan yang seterusnya ialah fotostat kertas dan dokumen yang diminta oleh Encik Rozidi



                                  Fotostat kertas dan dokumen yang diminta oleh Encik Rozidi 

Kemahiran yang saya perolehi , Kemahiran untuk membuat pesanan serta kemahiran menggunakan mesin fotostat

Impakk dan kesannya , Setiap masalah yang berlaku boleh diselesaikan melalui perbincangan . 
 

MINGGU TIGA

Praktikal Minggu Ketiga ( 7 - 11 Julai 2014 )


Alhamdulilah , ini merupakn minggu ketiga saya berada di syarikat NVE pada minggu ini saya diberikan tugasan :

- Mengasingkan Gambar pelajar
   Gambar pelajar yang diberikan oleh pihak sekolah perlu diasingkan mengikut kelas dan Tingkatan masing
   masing .

- Melekat gambar Pelajar
  Gambar gambar yang telah siap diasingkan perlu dilekatkan diatas kertas A4 untuk discan ke  
   dalam laptop sebelum dicrop untuk digunakan semasa design kad .

- Memuat naik data pelajar .
   Data pelajar yang diambil dari pihak sekolah perlu dimuat naik kedalam database sistem .

- Tugasan Luar
   Mengikut staf  ke  sekolah  di Sungai Petani untuk tujuan  pemasangan sistem .
    Selain Itu taklimat  berkaitan sistem turut diberikan kepada guru guru yang bertugas .

   Sesi Fotografi turut dijalankan untuk mengambil gambar pelajar dan guru untuk digunakan   
    pada kad keahlian
           Melekat gambar pelajar yang telah siap diasingkan  mengikut kelas dan tingkatan . 

Kemahiran yang saya perolehi ,  Memuat naik database pelajar kedalam sistem  EKK .

Impak dan Kesannya , Dapat mempelajari cara untuk memuat naik dan menggukan sistem EKK .

MINGGU KEDUA

Praktikal Minggu Kedua (30 jun - 4 julai 2014 )


Ini merupakan minggu kedua saya menjalani latihan industri di NVE Solution , komunikasi antara staf dan saya telah bermula kerana saya mula diberikan tugasan  seperti membuat rekod klaim minyak dan tol untuk staf yang keluar ke sekolah untuk tujuan penyelenggaraan  dan pemasangan sistem dan perlu menyediakan satu laporan klaim pekerja dalam bentuk microsoft  excel  , Mengimbas kad RFID dan kad pelajar . Selain itu , saya turut  menyertai mereka untuk tugasan luar contoh ke sekolah 




  •   SK Perempuan mutiara  : 
Tujuan kesana adalah untuk penyelenggaraan semula sistem Esas . Selain itu , turut kesana untuk mengadakan sesi fotografi guru dan pelajar bagi mereka yang kehilang kad ini tujuan untuk membuat semula kad yang baru .  

















Borang Klaim yang perlu di isi oleh staf apabila menjalankan tugasan luar ke sekolah.
   Kemahiran yang saya perolehi , Cara Untuk Menggunakan Borang klaim .Selain itu  tahu cara menyediakan laporan dalam Microsoft Excel . 

Impak dan Kesannya , mempelajari sesuatu yang baru . 



















MINGGU PERTAMA



Praktikal Minggu Pertama ( 23 - 27 jun 2014)

Assalamualaikum , Ini merupakan minggu pertama saya menjalani latihan industri di syarikat NVE solutions yang terletak di Bandar perda . Sepanjang mingggu ini saya tidak diberikan tugasan dengan banyak kerana ini merupakan minggu baru dan masih banyak benda yang baru perlu saya lihat dan belajar , selain itu semua staf masih sibuk dengan tugasan namun mereka masih sempat meluangkan masa untuk bersuai kenal bersama saya . Oleh itu saya mengambil inisiatif sendiri dengan mencari wesbite syarikat dan facebook untuk mencari maklumat syarikat . Pada hari pertama , pihak syarikat mengadakan mesyuarat untuk memaklumkan kedatangan tujuan saya disana , saya telah diserahkan kepada Cik Siti Zaleha atau lebih mudah dengan panggilan kak leha ,beliau merupakan juruteknik  , beliau ditugaskan oleh Encik Rozidi untuk memantau dan membantu saya sepanjang menjalani latihan industri di sana .


 Ini Merupakan FaceBook syarikat , Memandangkan pengguna sekarang lebih tertumpu kearah laman sosial Facebook , pihak syarikat telah membuat satu akaun untuk memudahkan semua aktiviti dapat diikuti .


                                                         Facebook Syarikat NVE Solutions







 Selain itu , Ini merupakan laman utama Syarikat disini saya dapat menlihat  produk atau sistem syarikat ,aktiviti syarikat dan disini pengguna boleh memuat turun sistem yang dikehendaki .


                                                    Website Rasmi NVE Solutions



Kemahiran yang saya perolehi , harus mempunyai inisiatif untuk mencari sendiri dan menunjukkan minat dalam sesuatu pekara, selain itu harus bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi

Impak dan Kesannya , banyak maklumat yang saya perolehi dan faham apabila melayari website dan lama sosial facebook syarikat .

















































































































Thursday 30 October 2014

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI






  Bab 2 bekaitan ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan berkaitn rumusan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri di organisasi tertentu sama ada kerjaan ataupun swasta. Rumusan ini dibuat bermula dari minggu pertama hingga minggu ke-20. 

Saya NurFatin Izzati Binti Halmi dari Politeknik Balik Pulau , Saya telah memohon untuk menjalani latihan industri saya di NVE Solutions .
Saya telah diserahkan kepada Cik Siti Zaleha selaku Juruteknik , yang menjadi penyelia selama saya menjalani latihan industri. Saya telah diberi tugas untuk membantunya membuat kerja serta membantu kakitangan lain. Banyak pengalaman yang saya perolehi ketika membuat latihan industri di sini. 

Tugasan Yang  Diberikan, 

Antara tugasan yang saya lakukan ialah : 

  • Mengemas Pejabat mengikut sistem 5S
  • Mengasingkan gambar pelajar mengikut kelas. 
  • Memuat naik data pelajar ke dalam sistem
  • Mencari Nama dan Alamat Sekolah Di sekitar Pulau Pinang , Kedah dan Selangor .
  • Melekat Nama dan Alamat sekolah yang telah siap diprint .
  • Tugasan Luar melawat Pelanggan ,pergi ke sekolah sekolah untuk tujuan penyelenggaraan sistem dan menyelesaikan masalah .
  • Memuat naik gambar pelajar dan guru ke dalam sistem 
  • Menghubungi pihak sekolah untuk mengaturkan temujanji dengan pihak sekolah.
  • Membuat tempahan barang keperluan pejabat 
  • Mengemaskini dan Menyusun semula laporan tahunan syarikat . 
  • Menyiapkan surat penghargaan kepada pelanggan setia syarikat . 



Wednesday 29 October 2014

PENGIKTIRAFAN DAN LOKASI


   PENGARAH URUSAN






                                       Nama Pengarah  urusan : Encik Rozidi Bin Hassini

 
PENGIKTIRAFAN 


 

NVE Solutions Sdn Bhd telah mendapat anugerah Usahawan Bumiputera Cemerlang Pulau Pinang bagi tahun 2007 bagi sektor industri ICT.


NVE juga telah mewakili Pulau Pinang di Kongres IT Sedunia ke 16 (World of Congress on Information Technology) yang diadakan di Kuala lumpur pada tahun 2008.

NVE telah memenangi Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang pada 2008. (Top Three)






 




    CARTA ORGANISASI NVE SOLUTIONS








 




PRODUK








LOKASI


 
Address: No 22, Lorong Perda Utama 6, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang
Office Hours · 8:00 am – 4:00 pm











    Tarikh mula latihan industri: 23  Jun  2014



    Tarikh tamat latihan industri: 07 November  2014



     Waktu kerja: 8.30 AM sehinnga 4.00 PM



    Waktu rehat: 1.00 PM sehingga 2.00 PM



    Cuti: Sabtu dan Ahad



   






LATAR BELAKANG SYARIKAT

 


                              
                         NVE SOLUTIONS SDN BHD    

           


PROFIL SYARIKAT  

NVE SOLUTIONS SDN BHD ditubuhkan pada 19hb Mac 2004  dibawah akta syarikat 1965 . Syarikat ini merupakan syarikat sepenuhnya hak milik bumiputera . 

NVE SOLUTIONS yang beribu pejabat di Lorong Perda Utama 6,Bukit Mertajam turut mempunyai 2 cawangan yang berada di kedah dan Perak. 

NVE SOLUTIONS merupakan sebuah syarikat pembangunan perisian dan penyediaan sistem rangkaian untuk sektor pengurusan pendidikan di Malaysia (Sekolah, Kolej dan Institusi Pengajian Tinggi).

NVE komited dalam membangunkan perisian yang berkualiti dan berinovasi untuk membantu meningkatkan kecekapan dan mempermudahkan sistem pengurusan pendidikan.

NVE SOLUTIONS diterajui oleh pegarah Urusan Encik Rozidi Bin Hassini dimana beliau telah dianugerahkan , Anugerah Usahawan BumiPutera Cemerlang Pulau Pinang bagi tahun 2007 bagi sektor industri ICT .

MISI & VISI 

 
Misi  - Untuk menyediakan perisian dan sistem rangkaian yang inovatif untuk sektor pengurusan akademik.

 

Visi

 1. Menghasilkan Produk Berkualiti - Menghasilkan perisian untuk pengurusan yang lebih cekap dan efektif dan memenuhi kehendak pengguna tanpa mengabaikan konsep mesra pengguna dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh badan kawalan.

2 Menyediakan Sistem Rangkaian - Mewujudkan sistem perhubungan secara dalam talian (Online) antara pihak pengurusan, kakitangan, pelajar, ibu bapa, pihak kerajaan dan swasta.

3 Perkongsian Maklumat - Membolehkan maklumat diakses oleh semua pihak yang terlibat untuk proses pengurusan, pemerhatian, penilaian, kawalan, keselamatan dan perancangan masa depan.


4 Pengurusan Jarak Jauh - Membolehkan pihak pentadbiran mengurus, secara dalam talian (Online).


5 Pemantauan Jarak Jauh - Membolehkan ibu bapa memantau perkembangan anak-anak di sekolah ataupun institusi pengajian tinggi secara dalam talian (Online).


6 Mencipta Penanda Aras yang baru untuk Perkhidmatan Selepas Jualan - Memberi perkhidmatan selepas jualan secara percuma dan menaiktaraf perisian (Upgrade) secara percuma.


7 Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan yang berterusan - Di dalam industri ICT teknologi berubah dengan cepat. Kami di NVE akan sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dengan teknologi terkini (Cutting Edge).



8 Integriti dan rasa hormat terhadap individu - Matlamat kami adalah setiap orang di ENVY untuk mencabar diri dengan peluang yang lebih besar untuk berkembang, maju dan seimbang di antara kerja dan kehidupan peribadi. Kami tekad untuk jujur, rajin dan bersatu. Kelayakan individu akan menjadi tunggak keputusan penyertaan ke dalam NVE. Kami melabur untuk mencipta suasana agar pekerja yang berkemahiran dan berkelayakan ingin menyertai dan terus kekal.


9 Semangat Berkumpulan dan Rangsangan Pekerja - Aset kami yang sangat bernilai adalah pekerja. Kami melantik mereka yang memiliki kebolehan tersendiri dan berkemahiran tinggi yang mampu untuk menguruskan kerja di dalam tempoh masa dan memberikan penyelesaian yang terbaik untuk kepentingan pelanggan. Semangat kerja berkumpulan dan saling mempercayai, memastikan sikap keterbukaan di kalangan pekerja di dalam NVE membolehkan maklumat disampaikan dengan mudah berserta dengan idea yang kreatif. Kami memastikan setiap pekerja kami sentiasa mengetahui teknologi terbaru dan mereka sentiasa mengembangkan skil melalui latihan dan pembangunan kerjaya. Kami mengamalkan peluang sama rata untuk perjawatan dan perlantikan.


 10 Komunikasi Terbuka dan Efektif - Kami akan sentiasa mengekalkan kebersandaran, kompetetif dan sikap keusahawan yang mana anda bebas untuk menyampaikan pandangan dan berkongsi idea dan berani mempertahankannya. Kami menggalakkan pekerja kami untuk membuat luahan, mengambil risiko dan mencabar pemikiran lapuk.


11 Dedikasi untuk Cemerlang - Satu visi untuk memenuhi dan mencapai kehendak pelanggan telah menjadi cara kerja kami. Kami sentiasa terbuka dengan perkembangan berterusan teknologi dan kehendak pasaran. Kami mengubahsuai operasi untuk menghadapi setiap perubahan dalam ertikata positif supaya kami dapat memenuhi dan menyelesaikan masalah-masalah pelangga, maka hasilnya adalah situasi menang sama rata. Semangat untuk mencapai dan berusaha untuk kecemerlangan tanpa sebarang rasa ragu memberkan perasaan terjamin di kalangan pelanggan. 








KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri


Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat - sifat seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman tentang cara – cara bekerja semasa menjalani latihan industri, para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman – pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu, bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik..


Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar – pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.


Selain daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan semasa menjalani latihan industri, para pelajar juga memikul satu lagi tanggunjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah dan nama baik politeknik masing - masing dengan menonjolkan diri sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan setiap kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan syarikat dan untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan industri ini juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan budaya pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat tersebut. Disamping itu, kita juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja setiap kakitangan yang positif dan negatif dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada mereka.


Justeru itu, latihan industri ini juga secara tidak langsung dapat membina dan mengubah personaliti serta imej seseorang pelajar tersebut menjadi seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.


Justeru itu, latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

  Objektif laporan latihan industri


Laporan latihan industri ini disediakan bagi mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang tempoh mereka menjalani latihan industri tersebut serta sebagai bahan bukti bahawa seseorang pelajar itu telah pun menjalani latihan industri. Laporan yang baik serta bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak. Di samping itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar lain yang bakal menjalani latihan industri yang sama. Laporan latihan industri ini juga adalah sebagai memenuhi syarat untuk lulus dalam semester yang diduduki sepanjang tempoh latihan tersebut dijalankan.


Selain mendapat pendedahan yang lebih awal mengenai situasi alam pekerjaan yang sebenar, pelajar - pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bidang yang diceburi tersebut. Di samping itu, para pelajar juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dan bergaul mesra dengan para pelanggan, staf-staf serta golongan-golongan atasan di dalam sesebuah syarikat tersebut. Dengan cara ini, para pelajar dapat menghilangkan rasa gementar dan rendah diri yang ada di dalam diri seseorang pelajar tersebut.


Selain daripada itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat bekerjasama dengan kakitangan syarikat dengan lebih mudah andai kata mereka ingin meminta bantuan untuk memperolehi maklumat – maklumat yang diiginkan. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar dengan kakitangan syarikat berkenaan. Justeru itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam semua hal.


Para pelajar juga boleh menonjolkan bakat yang sedia ada di dalam diri masing – masing tidak kiralah samada di dalam pembaikan komputer dan sebagainya. Melalui latihan industri ini juga para pelajar diingatkan supaya haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan tatatertib yang baik semasa menjalani latihan industri tersebut. Dengan cara ini, ianya dapat meningkatkan disiplin diri seseorang pelajar tersebut untuk menempuhi liku –liku hidup kelak.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat memberikan kepuasan kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil penulisan laporan yang baik di mana melalui penghasilan laporan tersebut, pegawai-pegawai atasan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang pelajar tersebut yang berada di bawah kelolaan mereka boleh memberikan komitmen dan tumpuan sepenuhnya terhadap segala ilmu yang pernah mereka curahkan sepanjang tempoh para pelajar tersebut terbabit dalam menjalani latihan industri di syarikat mereka.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Objektif Latihan Industri

Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan industri ini sebelum ianya dapat diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang menjalani latihan industri ini tidak kira sama ada di jabatan-jabatan kerajaan atau di dalam sektor-sektor swasta akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang sememangnya wujud di dalam dunia mahu pun di alam pekerjaan.


Tujuan utama latihan industri ini sebenarnya adalah untuk memberi bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar - pelajar yang akan atau pun bakal menempuhi segala cabaran dan onak duri di alam pekerjaan nanti. Para pelajar juga haruslah sentiasa akur dengan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pun pihak syarikat dalam mendidik diri para pelajar untuk menjadi manusia yang lebih berdisplin dan berkualiti pada masa akan datang kelak.

Antara objektif latihan industri adalah :

i. Membina personaliti individu yang baik.
ii. Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap alam pekerjaan yang sebenar.
iii. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.
iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang atau jurusan yang di ambil semasa di politeknik.
v. Dapat membina keyakinan diri.
vi. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori - teori yang telah dipelajari dengan aspek - aspek praktikal di firma.
vii. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
viii. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
ix. Menanamkan sifat kepimpinan kerja yang baik.
x. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dengan baik.
xi. Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan baik apabila berhadapan dengan orang luar.
xii. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.
xiii. Mengamalkan peraturan – peraturan keselamatan samasa di industri.

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI


PENGENALAN


  Pendahuluan


Latihan industri adalah merupakan salah satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik sebelum ianya layak diperakukan untuk penganugerahan  diploma politeknik. Latihan industri ini juga berkuatkuasa pada semester keempat bagi pelajar  yang mengambil kursus peringkat diploma.  Latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama satu semester.


Selain itu, para pelajar juga diberikan kebebasan untuk membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan industri di jabatan kerajaan mahupun di firma swasta mengikut kehendak masing - masing. Namun begitu ianya juga perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar di Politeknik Balik Pulau,
Setiap pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta pilihan mereka sendiri selama satu semester untuk mendedahkan mereka kepada suasana bekerja yang sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat perbezaan di antara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi semasa di dalam dewan kuliah adalah amat berbeza sekali.


Hal ini kerana latihan industri ini adalah merupakan salah satu peluang untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan ianya tidak terdapat di dalam dewan kuliah semata – mata. Oleh yang sedemikian, latihan industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar bagi memperolehi pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut mengikut waktu dan keadaan.


Justeru itu, segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi semasa latihan industri inilah yang akan membantu para pelajar semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Dengan adanya latihan industri inilah para pelajar dapat melalui dan memperolehi pendedahan terhadap situasi alam pekerjaan yang sebenar iaitu berbeza dengan alam persekitaran sewaktu di dalam dewan kuliah tersebut.

Setiap masa yang dipenuhi semasa latihan industri ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Kita haruslah bijak mengatur langkah dan masa yang ada agar kita tidak kerugian di kemudian hari kelak. Dengan tidak hanya melakukan kerja – kerja yang sama setiap hari, pelajar juga perlulah bijak mencari sebarang kerja yang berlainan untuk dilakukan setiap masa. Ini adalah merupakan salah satu cabaran untuk para pelajar dalam latihan industri. Ini secara langsung dapat menerbitkan komunikasi di antara pelajar dengan staf - staf di syarikat tersebut.

Secara keseluruhannya, latihan industri ini dapat membantu para pelajar berkomunikasi dengan orang luar secara tidak langsung, ianya juga tidak tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga pensyarah sahaja. Pelajar juga akan terdedah kepada persekitaran luar semasa menjalani latihan industri, misalnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu ataupun pelanggan syarikat.



Justeru itu, komunikasi yang dipelajari semasa latihan industri tersebut amatlah berguna kepada para pelajar apabila mereka memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.


Selain itu juga, latihan industri ini dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas yang telah diberikan. Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan berkongsi pendapat bersama – sama staf dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi tersebut. Secara langsung melalui latihan industri ini juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru dan pengajaran yang berguna kepada para pelajar apabila mereka sudah bekerja kelak.

Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam pekerjaan yang sebenar.


Justeru itu, pelajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani latihan industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, dengan adanya latihan industri ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk terus belajar dan memperolehi kelulusan yang cemerlang kemudian seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah sama ada pekerjaan tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta. 

 

 

Penghargaan 

 
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri,  menyiapkan penulisan laporan ini dan in sha allah saya masih mempunyai dua semester untuk saya melayakkan diri untuk menerima diploma.

Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Rozidi Bin Hassini , Pengarah urusan dan pemilik syarikat NVE Solutions yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman berkerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Siti Zaleha Binti Zakaria  yang dengan sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan.

Ucapan jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada kepada Encik Mohd Affan Bin Mohd Rosli selaku pegawai perhubungan dan latihan industri , penyarah-penyarah,  serta individu-individu yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti Latihan Industri selama 6 bulan bersamaan 1 semester .

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Puan Norshida Binti Mohd Noor dan Encik Halmi Bin Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang amat saya sayangi ,  yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.