Tuesday 4 November 2014

KESIMPULAN

   KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Sijil Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia. Melalui Latihan Industri ,pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan  kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.

Setelah hampir enam bulan menjalani latihan industri bermula 23 jun 2014 dan berakhir pada 7  november 2014 berbagai yang saya telah tempuhi dan pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi .  saya turut berpeluang mempratikkan sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini.  Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja.  Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum.  Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan.

Selain Itu , jika sebelum ini saya hanya mempunyai keyakinan untuk membentangkan sesuatu perbincangan hanya di hadapan rakan kelas tetapi kini In sha allah saya telah  mampu untuk membentangkan dihadapan staf dan Encik Rozodi ini bermakna keyakinan saya telah meningkat walaupun saya hanya pelatih politeknik disini , tetapi mereka amat mudah menerima saya didalam keluarga NVE Solutions dan memberi layanan yang sangat baik kepada saya . Ini dapat memudahkan saya berinteraksi dengan semua golongan pekerja , memudahkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam  suasana perkerjaan . Keadaan sedemikian telah banyak membantu ke arah pembinaan satu personaliti yang positif  dalam diri saya . Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana kini saya percaya saya mampu melakukan sesuatu kerja yang diarahkan sambil mematuhi segala peraturan yang ditetapkan . Ciri - ciri ini adalah penting dan amat diperlukan dalam diri setiap pekerja ,tidak dapat dinafikan  latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Selain itu disini juga saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan dan golongan disyarikat ini  , ini adalah amat penting untuk memudahkan sesuatu tugasan diselesaikan sebaik mungkin , kerana sebagai Pelajar kita di hantar menjalani latihan industri adalah untuk belajar dengan orang lebih berpengalaman ,oleh itu kita haruslah bersedia untuk belajar,selalu bertanya dan menerima teguran serta hormat kepada mereka. 

Selain itu ,  sikap disiplin diri telah berjaya dibentuk iaitu mematuhi peraturan sebagai warga NVE dan kerjayaan yang besar dapat diubah dalam diri pelajar adalah ketepatan masa, jika di politeknik pelajar sering lambat ke kuliah dan hanya dikenakan amaran namun jika berlaku di alam pekerjaan pelajar mungkin akan dipotong gaji atau mungkin hilang pekerjaan .  Nilai - nilai murni  tentang kerjasama , kerajinan , kebijaksaan , hormat-menghormati yang telah disemai sejak di politeknik Balik Pulau kini terus dapat bercambah dan tumbuh dengan baik dalam diri pelajar apabila sekali lagi diberi dan diamalkan di NVE . 

Walaupun Latihan Industri ini diwajibkan namun bukan semua pelajar bersedia untuk menjalaninya tetapi setelah menjalaninya hampir enam bulan , pulangannya adalah amat besar untuk pelajar, pelbagai perkara yang baru yang dapat dipelajari dan yang paling mahal dan bermakna adalah kenangan dan pengalaman yang dicipta dan tempuh semasa menjalani latihan , Menurut pengalaman sendiri , saya mulanya tidak bersedia dan tidak berminat namun apabila sudah enam bulan saya menjalani saya merasa sangat beruntung kerana mendapat ilmu pengetahuan dan dapat menambah kenalan.


Akhir kata , saya ingin  mengucapkan rasa bersyukur yang tidak terhingga dan melahirkan rasa bangga kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di Syarikat NVE Solutions , sekaligus berjaya menjaga nama baik pihak politeknik Balik Pulau . Maka , saya amatlah berharap pihak Politeknik - Politeknik Malaysia  akan meneruskan Program  Latihan perindustri  kerana dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang professional yang berkemahiran dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang kerja . 

Kesimpulannya , Perindustrian dan Teknologi dinegara semakin berkembang pesat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan , Jadi tenaga kerja yang mahir amatlah diperlukan .  Generasi muda seperti kami merupakan tenaga kerja mahir yang akan lahir pada masa hadapan . Justeru ,hubungan baik dan kerjasama antara pihak perindustrian dengan pihak pengajian tinggi haruslah dijaga baik dan diteruskan dalam usahasama untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti selari dengan permintaan pasaran dunia .

 

DAPATAN DAN CADANGAN

DAPATAN 

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan di syarikat NVE Solutions sepanjang enam bulan  menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang;

  •  Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar .
  • Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff dengan baik.
  • Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.       


                             CADANGAN KEPADA FIRMA


Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan kepada firma;

-Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan industri. 
 
-Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
 
-Meningkatkan keselamatan pekerja seperti memberi kursus OSHA.
 
-Berkaitan isu elaun banyak syarikat menggunakan alasan ' pelajar akan menjadi malas untuk datang dan membuat tugasan yang diberikan sekiranya diberikan elaun ' . Disini saya sebagai pelajar ingin menegaskan bahawa bukan kerana diberi elaun atau tidak  , atau jumlah elaun yang perlu dipertikaikan tetapi diri pelajar yang menjalani latihan itu sendiri . Saya merasakan tidak adil bagi pelajar yang mempunyai pontensi , serta pelajar yang mempunyai disiplin yang baik , Sepanjang menjalani latihan selama enam bulan makan minum , transport dan kos hidup yang meningkat semuanya menggunakan wang , agak tidak adil bagi kami sebagai pelajar kerana kerja yang dilakukan sama seperti staf yang dibayar gaji . Mohon setiap syarikat akan mempertimbangkan semula hal berkaitan elaun latihan industri .
 
-Pihak syarikat diminta mengambil perkhidmatan clearner , kerana di sini saya dan staf terpaksa bergilir gilir mengemas dan mencuci , sedangkan kami diberikan tugasan yang lain dan diberikan tempoh penyerahan tugas .                                                                       
                                            
 
 
                  CADANGAN KEPADA POLITEKNIK
 
 
Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan kepada Politeknik Balik Pulau ;

-Pensyarah Politeknik Balik Pulau harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana mungkin terdapat masalah yang di hadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.          
  
-Ada baiknya pelajar Politeknik menjalani latihan industri di penghujung semester pengajian.Berdasarkan respon daripada pihak syarikat,mereka keberatan untuk memberi latihan atau pendedahan kepada pelajar kerana pelajar tersebut belum tamat pengajian(suatu usaha yang membazir-setelah pelatih dilatih sehingga mahir,mereka meninggalkan syarikat dan kembali ke kampus untuk menyambung pengajian) dan enam bulan yang berlalu menghasikan komunikasi yang baik antara staf dan pelajar , pihak syarikat akan merasa kehilangan antara staf  .

Monday 3 November 2014

LAPORAN TEKNIKAL



LAPORAN TEKNIKAL 



 Assalamualaikum 
Selama saya berada disini menjalani latihan industri antara tugasan yang saya lakukan adalah seperti mendesign kad , Memotong kad , dan Memuat naik data pelajar ke dalam sistem . 

                                       

                        MENDESIGN KAD PELAJAR .


  Mendesign kad pelajar untuk sesebuah sekolah yang baru menggunakan sistem syarikat adalah  bergantung kepada jumlah pelajar atau hanya mengikut jumlah permintaan pihak sekolah berkemungkinan hanya untuk pelajar yang kehilangan kad . 

 Apabila Pihak Sekolah telah bersetuju untuk menggunakan sistem syarikat NVE Solution 

Langkah 1 : Pihak sekolah akan menerima 2 keping Borang Design kad yang membolehkan guru memilih design bahagian depan dan belakang kad .  . 
















Mengandungi maklumat dan design bahagian muka hadapan kad .









































 Merupakan Borang design bahagian muka belakang kad.


















Langkah 2 : Setelah Pihak sekolah selesai memilih design muka depan dan belakang kad  , saya akan mula mendesign kad tersebut , untuk mendesign kad saya menggunakan Adobe Photoshop saya akan memasukkan warna background yang diminta , logo , lambang , jawatan dan maklumat pelajar atau guru . 


                                                              Cara untuk mendesign kad



 Langkah 3 :  Setelah  siap mendesign kad , Pihak syarikat akan emailkan 2 contoh kad yang telah siap kepada pihak sekolah sebelum kad dicetak . 






                                    contoh : 2 design yang akan di emelkan kepada pihak sekolah


Lagkah 4 : Setelah berpuas hati dengan design yang dibuat pihak sekolah akan faks kan semula design yang dipilih untuk dicetak .



         Ini Merupakan contoh design yang telah dipilih dan difaks semula dan perlu dicop dan  
                                                        ditanda tangan oleh pihak sekolah. 

Langkah 5 : Setelah menerima faks dari pihak sekolah saya akan mencetak design kad keatas PVC Card . 









 Design Kad yang Dipilih akan dicetak keluar .



  


 Alat Untuk Mencetak kad













  








 Alat yang digunakan untuk memotong kad yang telah siap dicetak .     

 

Langkah 6 : Kad yang telah siap dicetak akan di letak dan discankan bersama sama kad RFID .



Langkah 7 : Selesai tugasan mendesign kad .

         
                     


                  



       MEMUAT NAIK DATA PELAJAR KE DALAM SISTEM 


Selain itu saya turut menjalankan tugasan memuat naik data pelajar ke dalam sistem Ekutub Khanah (EKK ) sistem ini merupakan sistem automasi . Tugasan memuat naik data ini dijalankan kerana dua sebab yang pertama memuat naik data pelajar atau guru yang baru masuk ke sekolah , kedua kerana pihak sekolah ingin memperbaharui data pelajar . 

Langkah 1 : Klinik Icon EKK pada desktop . 



Langkah 2 : Masukkan NAMA SEKOLAH dan KATALALUAN  yang telah disetkan, setiap sekolah mempunyai kata laluan yang berbeza . 


   Langkah 3 : Memasukkan data seperti Nama , No I/C , Jawatan , Status , Tingkatan , kelas . 

Data yang diberikan oleh pihak sekolah .

                     Memasukkan data ke dalam sistem yang diambil dari Microsoft Excel .


Langkah 4 : Setelah selesai memuat naik data dan simpan data , langkah seterusnya memasukkan gmbar pelajar ke dalam database . Untuk memudahkan tugasan mencari data untuk memasukkan gambar , copy no I/C kemudian paste ke ruangan no I/C secara automatik data pelajar atau guru akan muncul . 






 
             Koleksi gambar yang diberikan oleh pihak sekolah untuk dimuat naik kedalam sistem



  Setelah selesai memasukkan data dan memuat naik gambar , tekan icon simpan untuk             
                         mengakhiri  proses memuat naik data pelajar dan guru .

Sunday 2 November 2014

MINGGU DUA PULUH

Praktikal Minggu Ke Dua Puluh  ( 3 -7 Oktober 2014  )

Assalamualaikum , Alhamdulilah tamatnya minggu ini maka tamat lah jugak Latihan industri saya di Syarikat NVE , Tugasan akhir saya disini ialah Mengemas pejabat dan bilik stor , kerana barang barang yang di buat tempahan telah pun sampai , Untuk Mengemas pejabat dan bilik stor saya mengunakan prinsip 5S yang telah diajar ketika di Politeknik Balik Pulau . 

5S mempunyai 5 prinsip : sisih
                                           Seragam
                                           Susun 
                                           Sapu 
                                           Sentiasa Amal 




        

               
                                                              Mengemas bilik stor kedua .

Selain itu , saya juga ditugaskan untuk mengira tali dan casing kad , mengikut jumlah pelajar dalam satu kelas dan setiap kelas . Setiap tingkatan dibahagikan mengikut warna tali yang berbeza .




                                                        Mengira  Tali dan casing kad


Disamping itu juga , saya turut menyemak senarai nama pelajar yang sudah mempunyai kad atau belum mendapat kad , Senarai nama yang menggunakan microsoft excel perlu dihighlight untuk menunjukkan jumlah pelajar yang suda mempunyai kad .





                                Highlightkan  nama pelajar yang suda mempunyai kad .


Kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah kemahiran menggunakan microsoft excel dan saya turut dapat mempraktikan sistem 5S .


Impak dan kesannya , Kita harus sentiasa memastikan tempat kerja berada di dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk berkerja .


MINGGU SEMBILAN BELAS

Praktikal Minggu Kesembilan belas 
                               (27 - 31 oktober 2014) 

Assalamualaikum , Kini telah masuk bulan keenam saya berada disini banyak pahit manis yang telah saya lalui bersama staf NVE dan banyak pengalaman serta peluang yang saya perolehi sepanjang disini .

Pada Minggu ini Encik Rozidi meminta saya menyemakk semula semua resit pembayaran dan penyata akaun , dan juga saya perlu menyediakan laporan kewangan syarikat yang bertarikh dari 31 Julai 2013-30 Jun 2014


.                        Penyata kewangan syarikat 31 Julai 2013 - 30 Jun 2014 

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini , Saya dapat belajar format dan cara untuk menyediakan laporan kewangan syarikat . 


Impak dan kesannya , didalam sesebuah syarikat atau intitusi laporan kewangan adalah penting supaya kita dapat mengira jumlah yang telah kita keluarkan  , dan pulangan yang kita perolehi selain itu jugak untuk memastikan tidak berlakunya penyelewangan di dalam syarikat. 

MINGGU LAPANBELAS

Praktikal Minggu KeLapanbelas ( 20-24 Oktober 2014)

Assalamualaikum , 

Ini merupakan minggu kelapanbelas saya berada di NVE solutions pada minggu ini Tugasan yang diberikan agak berkurangan , pada minggu ini tugasan yang dilakukan adalah saya membuat temujanji dengan pihak sekolah untuk mengambil bayaran untuk sistem penyelenggaraan dan pemasangan sistem yang telah dijalankan sebelum ini .


Selain itu , Pada Minggu ini juga syarikat bercuti selama dua Hari semperna menyambut perayaan Deepavali dari 23 sehingga 24 oktober .





                             Senarai nama sekolah yang dihubungi untuk mengambil bayaran .

Kemahiran yang  saya dapat pada minggu ini , Cara untuk mengaturkan temujanji dengan pihak luar dan saya jugak mendapat sedikit pengalaman apabila urusan yang berkaitan dengan wang


Impak dan kesan , Cara berkomunikasi dengan betul seperti panggilan dan jawatan yang betul perlu digunakan semasa berkomunikasi . 

MINGGU TUJUH BELAS

Praktikal Minggu Ketujuhbelas ( 13- 17 oktober 2014 )

Assalamualaikum , Ini merupakan Minggu ketujuhbelas saya berada di NVE Solutions , Tugasan saya pada minggu ini adalah  : 

* Menghubungi pihak sekolah - Tujuannya adalah untuk mengaturkan temujanji dengan pihak 
                                                      sekolah  sebelum pergi kesekolah untuk tujuan pemasangan    
                                                      atau  penyelenggaraan . 


* Penyelenggaraan sistem secara online -  Penyelenggaran secara online ini dikenali sebagai  
                                                                       Software  Team Viewer ,  penyelenggaraan 
                                                                       dilakukan dengan sekolah yang jauh seperti  di  Sabah 
                                                                       dan Sarawak yang  menggunakan sistem Syarikat .
                                                                       Kali ini pihak sekolah  SK Rancha Rancha ,  meminta 
                                                                       staf   supaya  menyelenggara sistem EKK yang   
                                                                       mengalami masalah . 


* Membuat dan Menyemak senarai barang - Membuat senarai barang yang telah habis dan  
                                                                           perlu  dibuat  tempahan yang baru .



                                        Team Viewer ini merupakan cara untuk menyelenggara dan berkomunikasi dengan pelanggan jauh seperti di sabah dan sarawak  .


Kemahiran yang saya perolehi , Mempelajari cara menggunakan Software Team Viewer . 

Impak dan Kesannya , Dapat Melihat cara  untuk berhubung dengan pelanggan jarak jauh .