Wednesday 29 October 2014

OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

  Objektif laporan latihan industri


Laporan latihan industri ini disediakan bagi mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang tempoh mereka menjalani latihan industri tersebut serta sebagai bahan bukti bahawa seseorang pelajar itu telah pun menjalani latihan industri. Laporan yang baik serta bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak. Di samping itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar lain yang bakal menjalani latihan industri yang sama. Laporan latihan industri ini juga adalah sebagai memenuhi syarat untuk lulus dalam semester yang diduduki sepanjang tempoh latihan tersebut dijalankan.


Selain mendapat pendedahan yang lebih awal mengenai situasi alam pekerjaan yang sebenar, pelajar - pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bidang yang diceburi tersebut. Di samping itu, para pelajar juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dan bergaul mesra dengan para pelanggan, staf-staf serta golongan-golongan atasan di dalam sesebuah syarikat tersebut. Dengan cara ini, para pelajar dapat menghilangkan rasa gementar dan rendah diri yang ada di dalam diri seseorang pelajar tersebut.


Selain daripada itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat bekerjasama dengan kakitangan syarikat dengan lebih mudah andai kata mereka ingin meminta bantuan untuk memperolehi maklumat – maklumat yang diiginkan. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar dengan kakitangan syarikat berkenaan. Justeru itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam semua hal.


Para pelajar juga boleh menonjolkan bakat yang sedia ada di dalam diri masing – masing tidak kiralah samada di dalam pembaikan komputer dan sebagainya. Melalui latihan industri ini juga para pelajar diingatkan supaya haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan tatatertib yang baik semasa menjalani latihan industri tersebut. Dengan cara ini, ianya dapat meningkatkan disiplin diri seseorang pelajar tersebut untuk menempuhi liku –liku hidup kelak.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat memberikan kepuasan kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil penulisan laporan yang baik di mana melalui penghasilan laporan tersebut, pegawai-pegawai atasan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang pelajar tersebut yang berada di bawah kelolaan mereka boleh memberikan komitmen dan tumpuan sepenuhnya terhadap segala ilmu yang pernah mereka curahkan sepanjang tempoh para pelajar tersebut terbabit dalam menjalani latihan industri di syarikat mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.