Wednesday 29 October 2014

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI


PENGENALAN


  Pendahuluan


Latihan industri adalah merupakan salah satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik sebelum ianya layak diperakukan untuk penganugerahan  diploma politeknik. Latihan industri ini juga berkuatkuasa pada semester keempat bagi pelajar  yang mengambil kursus peringkat diploma.  Latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama satu semester.


Selain itu, para pelajar juga diberikan kebebasan untuk membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan industri di jabatan kerajaan mahupun di firma swasta mengikut kehendak masing - masing. Namun begitu ianya juga perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar di Politeknik Balik Pulau,
Setiap pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta pilihan mereka sendiri selama satu semester untuk mendedahkan mereka kepada suasana bekerja yang sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat perbezaan di antara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi semasa di dalam dewan kuliah adalah amat berbeza sekali.


Hal ini kerana latihan industri ini adalah merupakan salah satu peluang untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan ianya tidak terdapat di dalam dewan kuliah semata – mata. Oleh yang sedemikian, latihan industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar bagi memperolehi pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut mengikut waktu dan keadaan.


Justeru itu, segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi semasa latihan industri inilah yang akan membantu para pelajar semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Dengan adanya latihan industri inilah para pelajar dapat melalui dan memperolehi pendedahan terhadap situasi alam pekerjaan yang sebenar iaitu berbeza dengan alam persekitaran sewaktu di dalam dewan kuliah tersebut.

Setiap masa yang dipenuhi semasa latihan industri ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Kita haruslah bijak mengatur langkah dan masa yang ada agar kita tidak kerugian di kemudian hari kelak. Dengan tidak hanya melakukan kerja – kerja yang sama setiap hari, pelajar juga perlulah bijak mencari sebarang kerja yang berlainan untuk dilakukan setiap masa. Ini adalah merupakan salah satu cabaran untuk para pelajar dalam latihan industri. Ini secara langsung dapat menerbitkan komunikasi di antara pelajar dengan staf - staf di syarikat tersebut.

Secara keseluruhannya, latihan industri ini dapat membantu para pelajar berkomunikasi dengan orang luar secara tidak langsung, ianya juga tidak tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga pensyarah sahaja. Pelajar juga akan terdedah kepada persekitaran luar semasa menjalani latihan industri, misalnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu ataupun pelanggan syarikat.



Justeru itu, komunikasi yang dipelajari semasa latihan industri tersebut amatlah berguna kepada para pelajar apabila mereka memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.


Selain itu juga, latihan industri ini dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas yang telah diberikan. Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan berkongsi pendapat bersama – sama staf dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi tersebut. Secara langsung melalui latihan industri ini juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru dan pengajaran yang berguna kepada para pelajar apabila mereka sudah bekerja kelak.

Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam pekerjaan yang sebenar.


Justeru itu, pelajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani latihan industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, dengan adanya latihan industri ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk terus belajar dan memperolehi kelulusan yang cemerlang kemudian seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah sama ada pekerjaan tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta. 

 

 

Penghargaan 

 
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri,  menyiapkan penulisan laporan ini dan in sha allah saya masih mempunyai dua semester untuk saya melayakkan diri untuk menerima diploma.

Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Rozidi Bin Hassini , Pengarah urusan dan pemilik syarikat NVE Solutions yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman berkerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Siti Zaleha Binti Zakaria  yang dengan sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan.

Ucapan jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada kepada Encik Mohd Affan Bin Mohd Rosli selaku pegawai perhubungan dan latihan industri , penyarah-penyarah,  serta individu-individu yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti Latihan Industri selama 6 bulan bersamaan 1 semester .

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Puan Norshida Binti Mohd Noor dan Encik Halmi Bin Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang amat saya sayangi ,  yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.