Wednesday 29 October 2014

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Objektif Latihan Industri

Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan industri ini sebelum ianya dapat diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang menjalani latihan industri ini tidak kira sama ada di jabatan-jabatan kerajaan atau di dalam sektor-sektor swasta akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang sememangnya wujud di dalam dunia mahu pun di alam pekerjaan.


Tujuan utama latihan industri ini sebenarnya adalah untuk memberi bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar - pelajar yang akan atau pun bakal menempuhi segala cabaran dan onak duri di alam pekerjaan nanti. Para pelajar juga haruslah sentiasa akur dengan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pun pihak syarikat dalam mendidik diri para pelajar untuk menjadi manusia yang lebih berdisplin dan berkualiti pada masa akan datang kelak.

Antara objektif latihan industri adalah :

i. Membina personaliti individu yang baik.
ii. Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap alam pekerjaan yang sebenar.
iii. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.
iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang atau jurusan yang di ambil semasa di politeknik.
v. Dapat membina keyakinan diri.
vi. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori - teori yang telah dipelajari dengan aspek - aspek praktikal di firma.
vii. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
viii. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
ix. Menanamkan sifat kepimpinan kerja yang baik.
x. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dengan baik.
xi. Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan baik apabila berhadapan dengan orang luar.
xii. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.
xiii. Mengamalkan peraturan – peraturan keselamatan samasa di industri.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.