Saturday 1 November 2014

MINGGU TUJUH

       
  Praktikal Minggu Ketujuh (4 -8 Ogos 2014 )


                                                                Assalamualaikum .
   Kini telah tujuh minggu saya menjalani Latihan Industri di Syarikat NVE solution , Alhamdulilah Setelah hampir seminggu bercuti , apabila Syarikat mula beroperasi seperti biasa tugasan diberikan agak banyak dan saya perlu lebih cekap mengatur masa Untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Encik Rozidi dan Cik Zaleha kerana kedua duanya perlu disiapkan dalam peruntukkan masa yang diberikan .


Pada Minggu Ini Saya mengikut Staf membuat tugasan luar seperti biasa kesekolah yang terlah menetapkan temujanji dengan kami , minggu ini kami telah ke sekolah SK Sungai Bakap , Jawi . Tujuan kami dipanggil oleh pihak sekolah kesana adalah untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan cara penggunaan sistem EKutub Khanah kepada guru perpustakaan yang baru bertukar ke sekolah tersebut .


 


                                    Pelajar pelajar darjah satu yang comel di SK Sungai Bakap

 Selain itu , Tugasan utama saya masih dilakukan Seperti Mengecilkan saiz gambar guru dan pelajar , Melekatkan gambar perlajar pada kertas A4 untuk discan  dan yang terakhir memuat naik gambar pelajar ke dalam sistem EKutub Khanah .



                                                                  Contoh  :
   Ini merupakan cara mengecilkan saiz gambar dari ukuran biasa dikecilkan untuk digunakan pada kad .


Kemahiran yang saya perolehi , Mengecilkan saiz gambar selain itu melihat cara taklimat penggunaan sistem diberikan 

Impak dan Kesannya , dapat berjumpa dengan pelajar dan itu merupakan satu jenis cara komunikasi dan pergaulan sosial . 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.