Tuesday 4 November 2014

DAPATAN DAN CADANGAN

DAPATAN 

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan di syarikat NVE Solutions sepanjang enam bulan  menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang;

  •  Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar .
  • Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff dengan baik.
  • Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.       


                             CADANGAN KEPADA FIRMA


Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan kepada firma;

-Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan industri. 
 
-Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
 
-Meningkatkan keselamatan pekerja seperti memberi kursus OSHA.
 
-Berkaitan isu elaun banyak syarikat menggunakan alasan ' pelajar akan menjadi malas untuk datang dan membuat tugasan yang diberikan sekiranya diberikan elaun ' . Disini saya sebagai pelajar ingin menegaskan bahawa bukan kerana diberi elaun atau tidak  , atau jumlah elaun yang perlu dipertikaikan tetapi diri pelajar yang menjalani latihan itu sendiri . Saya merasakan tidak adil bagi pelajar yang mempunyai pontensi , serta pelajar yang mempunyai disiplin yang baik , Sepanjang menjalani latihan selama enam bulan makan minum , transport dan kos hidup yang meningkat semuanya menggunakan wang , agak tidak adil bagi kami sebagai pelajar kerana kerja yang dilakukan sama seperti staf yang dibayar gaji . Mohon setiap syarikat akan mempertimbangkan semula hal berkaitan elaun latihan industri .
 
-Pihak syarikat diminta mengambil perkhidmatan clearner , kerana di sini saya dan staf terpaksa bergilir gilir mengemas dan mencuci , sedangkan kami diberikan tugasan yang lain dan diberikan tempoh penyerahan tugas .                                                                       
                                            
 
 
                  CADANGAN KEPADA POLITEKNIK
 
 
Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan kepada Politeknik Balik Pulau ;

-Pensyarah Politeknik Balik Pulau harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana mungkin terdapat masalah yang di hadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.          
  
-Ada baiknya pelajar Politeknik menjalani latihan industri di penghujung semester pengajian.Berdasarkan respon daripada pihak syarikat,mereka keberatan untuk memberi latihan atau pendedahan kepada pelajar kerana pelajar tersebut belum tamat pengajian(suatu usaha yang membazir-setelah pelatih dilatih sehingga mahir,mereka meninggalkan syarikat dan kembali ke kampus untuk menyambung pengajian) dan enam bulan yang berlalu menghasikan komunikasi yang baik antara staf dan pelajar , pihak syarikat akan merasa kehilangan antara staf  .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.