Tuesday 4 November 2014

KESIMPULAN

   KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Sijil Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia. Melalui Latihan Industri ,pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan  kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.

Setelah hampir enam bulan menjalani latihan industri bermula 23 jun 2014 dan berakhir pada 7  november 2014 berbagai yang saya telah tempuhi dan pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi .  saya turut berpeluang mempratikkan sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini.  Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja.  Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum.  Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan.

Selain Itu , jika sebelum ini saya hanya mempunyai keyakinan untuk membentangkan sesuatu perbincangan hanya di hadapan rakan kelas tetapi kini In sha allah saya telah  mampu untuk membentangkan dihadapan staf dan Encik Rozodi ini bermakna keyakinan saya telah meningkat walaupun saya hanya pelatih politeknik disini , tetapi mereka amat mudah menerima saya didalam keluarga NVE Solutions dan memberi layanan yang sangat baik kepada saya . Ini dapat memudahkan saya berinteraksi dengan semua golongan pekerja , memudahkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam  suasana perkerjaan . Keadaan sedemikian telah banyak membantu ke arah pembinaan satu personaliti yang positif  dalam diri saya . Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana kini saya percaya saya mampu melakukan sesuatu kerja yang diarahkan sambil mematuhi segala peraturan yang ditetapkan . Ciri - ciri ini adalah penting dan amat diperlukan dalam diri setiap pekerja ,tidak dapat dinafikan  latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Selain itu disini juga saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan dan golongan disyarikat ini  , ini adalah amat penting untuk memudahkan sesuatu tugasan diselesaikan sebaik mungkin , kerana sebagai Pelajar kita di hantar menjalani latihan industri adalah untuk belajar dengan orang lebih berpengalaman ,oleh itu kita haruslah bersedia untuk belajar,selalu bertanya dan menerima teguran serta hormat kepada mereka. 

Selain itu ,  sikap disiplin diri telah berjaya dibentuk iaitu mematuhi peraturan sebagai warga NVE dan kerjayaan yang besar dapat diubah dalam diri pelajar adalah ketepatan masa, jika di politeknik pelajar sering lambat ke kuliah dan hanya dikenakan amaran namun jika berlaku di alam pekerjaan pelajar mungkin akan dipotong gaji atau mungkin hilang pekerjaan .  Nilai - nilai murni  tentang kerjasama , kerajinan , kebijaksaan , hormat-menghormati yang telah disemai sejak di politeknik Balik Pulau kini terus dapat bercambah dan tumbuh dengan baik dalam diri pelajar apabila sekali lagi diberi dan diamalkan di NVE . 

Walaupun Latihan Industri ini diwajibkan namun bukan semua pelajar bersedia untuk menjalaninya tetapi setelah menjalaninya hampir enam bulan , pulangannya adalah amat besar untuk pelajar, pelbagai perkara yang baru yang dapat dipelajari dan yang paling mahal dan bermakna adalah kenangan dan pengalaman yang dicipta dan tempuh semasa menjalani latihan , Menurut pengalaman sendiri , saya mulanya tidak bersedia dan tidak berminat namun apabila sudah enam bulan saya menjalani saya merasa sangat beruntung kerana mendapat ilmu pengetahuan dan dapat menambah kenalan.


Akhir kata , saya ingin  mengucapkan rasa bersyukur yang tidak terhingga dan melahirkan rasa bangga kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di Syarikat NVE Solutions , sekaligus berjaya menjaga nama baik pihak politeknik Balik Pulau . Maka , saya amatlah berharap pihak Politeknik - Politeknik Malaysia  akan meneruskan Program  Latihan perindustri  kerana dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang professional yang berkemahiran dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang kerja . 

Kesimpulannya , Perindustrian dan Teknologi dinegara semakin berkembang pesat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan , Jadi tenaga kerja yang mahir amatlah diperlukan .  Generasi muda seperti kami merupakan tenaga kerja mahir yang akan lahir pada masa hadapan . Justeru ,hubungan baik dan kerjasama antara pihak perindustrian dengan pihak pengajian tinggi haruslah dijaga baik dan diteruskan dalam usahasama untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti selari dengan permintaan pasaran dunia .

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.